Blog

  • Home
  • Blog
  • Outdoor Expo Malaysia, 2-4 June 2023

Outdoor Expo Malaysia, 2-4 June 2023

Category: Uncategorized

Sharing is caring :

Outdoor Expo yang berlangsung dari 2-4 Jun 2023 adalah satu satunya acara expo penggiat hobi outdoor terbesar di Malaysia. Tahun ini, Green Trekkers berpeluang menampilkan diri dengan satu booth di dalam dewan dengan menawarkan pakej pakej pelancongan pendakian di dalam dan luar negara Malaysia.

Kami berasa teruja dapat bertemu dengan rakan rakan seminat dalam bidang hiking, nature adventure travel dari sekitar kawasan Kelana Jaya. Sambutan yang hangat dari pengunjung jelas menunjukkan bahawa warga peminat outdoor Malaysia amat bersemangat meneroka aktiviti rekreasi dan pencinta alam. Walaupun cuaca panas terik ketika expo dijalankan, ia tidak mematahkan semangat pengunjung untuk datang ke expo ini untuk melihat, merasa, mendengar dan berkongsi pengalaman berkhemah, mendaki, berbasikal, aktiviti lasak dan banyak lagi.

Antara booth yang hadir terdiri dari seller barangan perkhemahan, gajet, pengusaha aktiviti lasak (rock climbing, abseiling, flying fox), ejen pelancongan dan pengembaraan dan banyak lagi.

Outdoor Expo Malaysia tahun 2024 akan berlangsung dari 31 May hingga 2 Jun 2024. Pastikan anda lock tarikh untuk datang pada tahun hadapan ya!